Wednesday, January 18, 2012

alkisahnya::TIP KEKAL LANGSING SEPANJANG HAYAT::

Salam semua!!!

Me nak share info pasal diet yang mana blh kita kongsikan bersama untuk kesihatan dan juga kecantikan kita ye...

Ada 19 amalan diet dari muda hingga tua yang dapat kita amalkan

1) Jika ingin menurunkan berat badan, kadar turun berat badan ialah 1kg/seminggu

2) Makan bila lapar, bukan mengikut nafsu (Ramai orang makan ikut nafsu)
3) Gunakan pinggan yang lebih kecil supaya anda tidak terlebih makan

4) Jangan makan sebelum lapar (Ini bila lapar baru me makan)

5) Berhenti makan sebelum kenyang

6) Kalau lapar, jangan ambil makanan bergoreng sama ada di gerai ataupun dalam peket. Ambil buah dan sayuran segar sahaja

7) Bila anda mengisi pinggan, 50% diisi dengan sayuran segar disusuli 25% protein dan 25% lagi nasi

8) Sayur-sayuran sebaik-baiknya dimakan mentah seperti tomato, timun, salad dan ulam. Ini mengelakkan pengunaan minyak dan pertambahan kalori dalam makanan anda

9) Bila makan salad, letak sikit sahaja Italian dressing atau mayonis. 1 sudu kecil cukup untuk 1 mangkuk besar salad. Jangan curah "dressing' pada pinggan salad, biarkan diri atau tetamu ambil dressing sendiri.

10) Bila anda keluar makan, mulakan dengan sayur-sayuran dahulu. di tempat buffet, ambillah 1 pinggan salad atau sup dahulu dan habiskan. Ini mengurangkan rasa lapar dan secara langsung mengurangkan keinginan (nafsu) anda untuk mengambil "main course" dengan berlebihan.

11) Selepas itu, barulah ambil "main course". Pastikan nasi atau kentang atau pasta adalah tidak lebih 25% dari jumlah makanan yang diambil. Elakkan makanan yang bergoreng.

12) Kunyah makanan dengan perlahan dan lumat. Jangan gelojoh.

13) Makan dengan suapan yang kecil sepanjang masa

14) Tidak perlu makan sampai sangat kenyang

15) Elakkan makan snek dalam peket sampai habis

16) Elakkan dari membeli snek sama sekali

17) Elakkan dari membeli pisang goreng, char kuew teow, keropok lekor, sebab ia mengandungi kalori yang amat tinggi

18) Kalau anda diberi pinggan yangbesar oleh tuan rumah atau di restoran, kongsi makanan itu dengan kawan atau minta pinggan kosong untuk dimakan bersama dua orang

19) Sebaiknya anda membuka buku catatan food diary dan mulakan catatan setiap makanan dan minuman pada hari tersebut. Dengan cara ini anda boleh menyedari kemasukan kalori sebenar.

Sekian

Tuesday, January 17, 2012

alkisahnya::SANTAI DI PETANG HARI::

Salam petang!!!

Situasi : lepak depan tv pas balik keje..

Kedengaran azan maghrib....


Anak : Ayah. orang azan..
Ayah : Haah (masih lepak depan tv)..

Anak : Kena sembahyang kan kalau azan ?
Ayah : Haah..kalau azan, kena sembahyang (masih lepak depan tv)..

Anak : Ayah tak pegi sembahyang ke?
Ayah : er... er...

Sekian

alkisahnye::JPN DAN JPJ::

Salam pagi semua!!!


Mentang2lah smlm cakap nak bergiat aktifkan, dan2 plak pagi2 ni nak hapdet blog kan...poyo je kan hehehehe...


Nak citer sket pasal kawan me ni haa...pursenye kena rampok kat Masjid Jamek. Habis semua dianyer pengenalan diri dia la, atm kad la semua hilang hatta kad watson pun hilang..So dia mintak tlglah me hantarkan dia ke JPN nak wat ic baru kebetulan plak masa tu JPN baru lancarkan ic baru so dia dgn riaknye lah nak menunjuk dia org pertama pakai ic teknologi baru kan kan...me xheran sgt pun!!!


Pastu dia nak g plak JPJ nak g wat lesen memandu. Me ni bawakkan jelah kan kat Kompleks D tu, me igt nak dropkan lah minah ni kat situ je pastu kalu dah siap caling2 me lah kan. Plannyer macam tu, tapi ntah macam mana me tergerak suh dia tanye dulu guard kat depan tu JPJ ni blok mana ke hapa soklan yg patut ditanyalah. 


Upernye JPJ kat Putrajaya ni takde kes2 nak renew lesen ke hilang ke apa cuma kes rayuan saman je blh wat kat situ. Me pun apa lagi, 


"Rugi plak aku xtinggalkan ko tadi kan, kalu x leh ko merasa naik teksi ke bas ke kat cni tunggu tgh2 panas kat tepi jalan kah kah.... Ko kan sibuk nak naik teksi kan tadi...hehehe"

Bayangkan masa tu pukul 2.30 mana xpanas nyer kan....sampai ke Putrajaya Sentral me ngusik dia gitu kah kah....Lagipun minah ni kompiden sgt JPJ kat cni wat semua benda tu, me follow je lah mana tau kot2 dia dah wat research ke hapa ke kan...hehehe


Sekian

Monday, January 16, 2012

alkisahnye::bersawang::

Salam semua....

Dah lama kot me xmenulis kat blog me ni kan...malam ni cuma intro je lah kot. Pasni nak try  bergiat aktif la macam dulu..Insyallah...

Me sekarang ni dah masuk 34 minggu. Berdebar jugak nak tunggu masa melahirkan zuriat kami berdua. Moga dipermudahkan oleh-NYA.


Me ada 1 cter kat cni, me ada call org melalui henpon bukan talipon opis okei...hehhee

ME:- HELLO
HENPON:- ASSALMUALAIKUM, SELAMAT PETANG DAN SALAM 1 MALAYSIA...HELLO, ***** BERCAKAP...
ME:- TERDIAM SEBENTAR (KOT2 TERSALAH DAIL, HEHEHE)

Ingatkan masuk voicemsg upernye mmg orgnyer jawab telefon macam tu...mmg dedikasi sungguh org ni kan. 

Contohilah beliau ye kengkawan..

Sekian

Template by:

Free Blog Templates