Salam semua!!!
Me nak share info pasal diet yang mana blh kita kongsikan bersama untuk kesihatan dan juga kecantikan kita ye...
Ada 19 amalan diet dari muda hingga tua yang dapat kita amalkan
1) Jika ingin menurunkan berat badan, kadar turun berat badan ialah 1kg/seminggu
2) Makan bila lapar, bukan mengikut nafsu (Ramai orang makan ikut nafsu)
3) Gunakan pinggan yang lebih kecil supaya anda tidak terlebih makan
4) Jangan makan sebelum lapar (Ini bila lapar baru me makan)
5) Berhenti makan sebelum kenyang
6) Kalau lapar, jangan ambil makanan bergoreng sama ada di gerai ataupun dalam peket. Ambil buah dan sayuran segar sahaja
7) Bila anda mengisi pinggan, 50% diisi dengan sayuran segar disusuli 25% protein dan 25% lagi nasi
8) Sayur-sayuran sebaik-baiknya dimakan mentah seperti tomato, timun, salad dan ulam. Ini mengelakkan pengunaan minyak dan pertambahan kalori dalam makanan anda
9) Bila makan salad, letak sikit sahaja Italian dressing atau mayonis. 1 sudu kecil cukup untuk 1 mangkuk besar salad. Jangan curah "dressing' pada pinggan salad, biarkan diri atau tetamu ambil dressing sendiri.
10) Bila anda keluar makan, mulakan dengan sayur-sayuran dahulu. di tempat buffet, ambillah 1 pinggan salad atau sup dahulu dan habiskan. Ini mengurangkan rasa lapar dan secara langsung mengurangkan keinginan (nafsu) anda untuk mengambil "main course" dengan berlebihan.
11) Selepas itu, barulah ambil "main course". Pastikan nasi atau kentang atau pasta adalah tidak lebih 25% dari jumlah makanan yang diambil. Elakkan makanan yang bergoreng.
12) Kunyah makanan dengan perlahan dan lumat. Jangan gelojoh.
13) Makan dengan suapan yang kecil sepanjang masa
14) Tidak perlu makan sampai sangat kenyang
15) Elakkan makan snek dalam peket sampai habis
16) Elakkan dari membeli snek sama sekali
17) Elakkan dari membeli pisang goreng, char kuew teow, keropok lekor, sebab ia mengandungi kalori yang amat tinggi
18) Kalau anda diberi pinggan yangbesar oleh tuan rumah atau di restoran, kongsi makanan itu dengan kawan atau minta pinggan kosong untuk dimakan bersama dua orang
19) Sebaiknya anda membuka buku catatan food diary dan mulakan catatan setiap makanan dan minuman pada hari tersebut. Dengan cara ini anda boleh menyedari kemasukan kalori sebenar.
Sekian
0 komentar terbaek:
Post a Comment