Tuesday, May 31, 2011

alkisahnya```gudnews!!!```

hahaha....

En.suami dah balik n en.suami nak g makan masakan my aunty!!!

yuhu!!!....

alkisahnya```my aunty```

1 message received
from: makteh
date: 31 may 2011
time: 1242

message body: makteh ada dgn mama...

Terus me call makteh...

Me: makteh ada umah deqsyima ker?
Makteh: aah, makteh otw nak g sana
Me: seronoknya...
Makteh: dtglah mlm ni umah syima, makteh tido sana mlm ni...


Me lagilah rasa teruja bila makteh cakap dia tido sana!!!
All the way from klia makteh dtg nak jumpa mama...dah la masa hari sabtu last week berapa kali dia call me tanya mama dah sampai ke blom, ada jgak la 5 kali rasanya hehe...
En. suami cakap, macam nak sambut orang besau jer gayanye hehehe...


Mama me skang ni ada kat umah adik me kat putrajaya, hari sabtu last weekend my mom sampai...haruslah mama tido sana dulu sbb mama rindukan anas maliki...cucu sulungnya!!!


1 message received
from: mama
date: 31 may 2011
time: 1405

message body:  nak mai x mlm ni? mak teh nak wat mi sup malam karang...

Dapat jer msg dari mama, lagilah me sgt-sgt nak pgi sana makan masakan makteh. Makteh masak sgt sedap!!!Me suka ayam masak kurma yg makteh masak..yummy!!!
Me nak pg sana tapi en.suami masih belum balik lagi...nampak gaya macam tak lepas jer nak g sana...


Sangat rindu masakan makteh yang sedap!!!


Sekian

alkisahnya```WASATIYYAH```

Me nak cter pasal wasatiyyah.
Wasatiyyah ni bermaksud kesederhanaan.
Semalam me ada post "wasatiyyah vs riak" kat fb..Macam2 komen dr kawan-kawan me.
Ada jgak yang tanya me wasatiyyah tu ape?...hehehe. 

Telefon berdering:-

Me:Hello
Kawan: hello...bla...bla...wey, nak tanya la.
Me: ha..apa dia
Kawan: apa tu..musa...hm...haa..wasatiyyah.wsatiyyah tu apa?
Me: hehehe...kesederhanaan la wey..
Kawan: oh...bla..bla...


Baca ni nak tau lebih lanjut:-
Wasatiyyah atau sikap bersederhana merupakan salah satu daripada ajaran yang diterapkan oleh Islam kepada Umat Islam seluruhnya yang merangkumi segenap aspek kehidupan kita. Tidak terlalu melampau dan tidak pula terlalu mengambil mudah akan sesuatu perkara atau urusan. Oleh itu Islam merupakan satu agama yang sederhana dan memerintahkan agar Umat Islam pun turut bersederhana dalam kehidupan seharian mereka. Ini bersesuaian dengan maksud firman Allah s.w.t di dalam surah Al-Baqarah 185 yang berbunyi :
Allah menghendaki untuk kamu kemudahan dan tidak menginginkan kesukaran…
Begitu juga dengan maksud sabda Rasulullah s.a.w dari Anas bin Malik r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda :
Permudahkanlah, janganlah memberat-beratkan, tenangkanlah janganlah meliarkan ….. 
Arahan di atas hendaklah difahami secara ilmiah bukan secara membabi-buta, yang dimaksudkan ialah melaksanakan segala perintah Allah s.w.t dan Rasul-Nya secara bersungguh-sungguh, ikhlas, berhati-hati dan penuh tanggungjawab dan tidak boleh dilaksanakan secara melampaui batas, cuai, mengambil mudah, meringan-ringankan sesuatu ibadah atau perintah Allah dan Rasul-Nya. Melakukan sesuatu ibadah atau perintah Allah dan Rasul-Nya secara melampaui batas akan melahirkan satu ibadah yang boleh memberatkan orang lain sehingga menjadi ia satu bida’ah manakalah meringan-ringankan pula akan mendorong atau menjerumuskannya kepada meninggalkan terus ibadah tersebut.
Cuba kita perhatikan kehidupan Rasulullah s.a.w di dalam melakukan ibadah, baginda akan mengerjakannya secara bersungguh-sungguh serta menyama-ratakan dengan aktiviti hariannya. Ini bermakna ibadah dan kehidupan seharian adalah seimbang atau tidak berat sebelah. Ini dapat dilihat di dalam maksud sebuah hadis dari Aisyah r.a beliau telah berkata :
Apabila Rasulullah diberi pilihan, baginda akan memilih yang paling mudah daripada keduanya selagi ia tidak berdosa. Jika ia berdos maka dialah manusia yang paling jauh daripadanya.” – Bukhari dan Muslim
Demikianlah ajaran dan kehidupan Rasulullah s.a.w yang secara tidak langsung telah memberikan kita satu pengajaran dan teladan untuk dicontohi bersama dan menjadikannya sebagai teras kehidupan kita seharian agar kehidupan dunia dan akhirat adalah seimbang.

Bagi me, sifat kesederhanaan perlu ada dalam setiap diri individu. Tak kira lah mereka dari golongan yang kaya ataupon tidak.
Tapi, kekadang berdasarkan apa yang me dengar dan tengok, sifat wasatiyyah ni kurang diamalkan oleh kita.
Contohnya lah kan, jika ada orang yang ada kelebihan sesuatu dari kita, kita sendiri juga akan cuba menaikkan diri kita di hadapan mereka supaya orang lain memandang tinggi diri kita. Dalam erti kata lain kita berlumba-lumba nak bgtau yang kita ni pernah itu...pernah ini, ada itu, ada ini...
Kenapa mesti berlaku keadaan seperti tu?
Perlu ke semua itu?
Apa yang kita dapat daripada semua itu?Keseronokan?Kebanggaan?
Apa salahnya kita tanamkan sifat wasatiyyah dalam diri?Bersederhana dalam segala hal...
Ataupun ini disebabkan oleh arus kemodenan negara yang semakin maju menyebabkan kita harus bersaing sesama sendiri supaya kita dipandang tinggi atau kita ada segala-galanya...

Me bercerita lebih kepada apa yang berlaku dalam sehari-harian me. Me cuba luahkan dalam bentuk tulisan

Sekian

Monday, May 30, 2011

alkisahnya```MALAS```

Hari ni me sgt mengantuk, badan me pun lenguh-lenguh..
Tak bersemangat nak bekerja hari ini...
Tak sampai sejam lagi me nak pulang, lambat sgt rasanya...
Me pegi solat asar dululah..


Sunday, May 29, 2011

alkisahnya```KERISAUAN```

Hmm...hari ni dah 29hb May 2011. Status pertukaran jabatan me ke Putrajaya masih lagi belum dengar khabar dr JPA.

Hujung bulan June me dah nak pindah Putrajaya, macam mana nie.
Apa yg merisaukan me adalah me nak ulang-alik dr Putrajaya ke Kuala Lumpur. Me nak drive mmg tak lah.Tak larat nak hadap jem!!!
Nak naik LRT pun, nak ke LRT mesti jem jgak!!aiyark!!!...


kesesakan jalanraya!!!

Sebenarnya me tak suka keluar pagi2...Duk kat kl ni me masuk pukul 8.30am. Kuar umah pukul 7.45 or 8.00am...Tak payah nak bangun2 awai hehehe...<itu sebenarnye huhu>
Mesti kena kuar awai kan nak elak jem...tak suke...tak suke...

Last me call JPA awal bulan May. Officer cakap belum meeting.

Tolong...tolong...
two faces of me
- sedih sbb  me belum dapat tukar
- suka kalau me tak payah ulang alik n dah dapat tukar!!!

Friday, May 27, 2011

alkisahnya```MEMORI CORNER - PART 1```

Sape penah makan kat MEMORI CORNER  kat The Mall?

Hari ni me n my pren Cik Ain pegi jejalan kat The Mall. The Mall kan ada warehouse sales starting from 26 May 2011 till 5June 2011.Cik Ain (OKB) laa yg nak pegi sangat, nak shopping katenyer...
Pas jejalan dah penat + LAPAR, kiteorg decide nak g makan kat MEMORI CORNER..
Cube korang bayangkan korang makan di bawah rimbunan pokok durian, pokok rambutan n pokok manggis...pastu ada zirafah lagi yg tengah cuba nak makan buah durian tau!!!...
Dah la semua buah tu my fevret, terliur me nak makan, nak-nak buah manggis tu hehe...
Nanti next time if me pegi lagi makan sana, me amik gamba n upload kat cni okey...

Makanannyer juz nice, sedap n tak mahal sgt...
Cik Ain order ABC ada aiskrim jagung...sgt sedap aiskrim jagung tu. Dah lama me tak makan aiskirm jagung, last masa zaman sekolah dulu la...

Cik Ain...kite kena pegi MEMORY CORNER lagi sbb nak letak gamba kat cni hehehe....

alkisahnya```UNIKNYA LOGO```

coklat toblerone

cer tgk pic mountain tu...ada nampak apa-apa x?

me nampak gamba beruang!!!
 maksudnya coklat ni berasal dari Berne, Switzerland iaitu bandar beruang...

me baru tau...

mari kita sama-sama baca artikel kat bawah ni ye...


Berne, Switzerland

Berne is the capital of Switzerland, a diverse and beautiful city! Berne is a medieval city founded in 1191, on and around the River Aare. Berne has quite a few attractions and historic sites, as well as an active cultural life. It is here that Albert Einstein worked, the Toblerone chocolate bar is made, and Emmental cheese, known as Swiss Cheese, reached out to the world.
Berne, SwitzerlandWith its stately sandstone buildings, historical towers and 11 magnificent fountains, Berne is one the most impressive examples of medieval town architecture in Europe. Over the centuries, the townscape has been preserved virtually intact, and in 1983 the UNESCO inscribed Berne as a World Heritage Site. The noble dome of the House of Parliament presides above the city, just a few steps from the main station, and also from the Aare River, the Prison Tower and all the other places of interest in Berne. On most days, the doors of the House of Parliament are open to the public with visitors permitted to watch the live proceedings of the parliament.
Umbrellas made from stone...
One house after the other - shop after shop. Entire rows of houses merge into one integrated whole, all connected by long covered promenades - the arcades. Rain or shine, it is a pure delight to leisurely stroll along one of the longest shopping promenades in Europe.
Cathedral in Bern, SwitzerlandThe city of Bern was built with local sandstone in Gothic style with gables, bay windows, and more arcades than any of the city in Europe. Berne claims Switzerland's highest Gothic cathedral, the Münster-Cathedral, and the Heiliggeist-Kirche, a prime example of 18th century Protestant church architecture. Throughout the city are towers, arcades, and lots of old fountains. The Münster-Terrasse, a square in front of the Cathedral, has been a famous meeting place over the centuries.
The fantastic Clock Tower has puppets that pop out before the hour and perform a little skit. The Center Paul Klee exhibits the largest collection in the world of one of the greatest 20th century artists. The Swiss Alpine Museum displays a history of the Swiss Alps.
Berne, SwitzerlandBern's shimmering green river is named Aare. It twists and turns alongside the old town and offers countless restful havens. Only a few minutes' walk from the station will take you to tree-lined embankments surrounded by nature. The Aare attracts people of all ages. Especially in summer when the river's refreshing clean water invites you to jump in and cool off in the middle of town. Swimming then becomes the favorite pastime of the Bernese
.



baskin robbins

cer teka apa maksud tersirat logo aiskrim baskin robbins...
|
|
|
|
|
|
nampak x nombor 31 kat atas tu?
aiskrim baskin robbin ni ada 31 jenis perasa aiskrim...
pas nengok laman sesawang baskin robbin ni, me sgt teruja nak try aiskrimnya!!!
nyum...nyum...sedapnyer 



coklat toblerone je me penah makan...cedap...

aiskrim baskin robbin jer me xpenah makan...

nanti me nak try laa setiap jenis perasa baskin robbin ni..

Tuesday, May 24, 2011

alkisahnya```SENTUL```

Episod duka pramugari


KUALA LUMPUR: Seorang pramugari berusia 22 tahun yang mahu meraikan kejayaan bersama rakan sekerja selepas mendapatkan pekerjaan tetap bertukar tragedi apabila dia dirogol seorang lelaki tidak dikenali di sebuah hotel di Sentul di sini, kelmarin.
Difahamkan, mangsa dari Kota Bharu, Kelantan, baru memulakan pekerjaannya dengan sebuah syarikat penerbangan sebulan lalu dan dibawa rakannya ke sebuah kelab malam untuk meraikan kejayaannya dan mengajar mangsa untuk bersosial. 
Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu, mangsa yang tidak pernah meminum arak sebelum ini dikatakan hilang kawalan.

Menurut sumber, kesempatan itu digunakan seorang lelaki berusia lingkungan 20-an untuk mendekati mangsa sebelum membawanya yang dalam keadaan mabuk ke sebuah hotel berhampiran.

“Mangsa kemudian dirogol lelaki terbabit sebelum meninggalkan mangsa berseorangan. Kejadian itu hanya disedari mangsa selepas mendapati dia berbogel dalam sebuah bilik hotel, kira-kira jam 10 pagi keesokan harinya.


Simbah asid kerana dendam


SENTUL: Akibat dendam lama, dua lelaki keturunan Aceh bertindak nekad menyimbah cecair dipercayai asid ke arah seorang lelaki tempatan berusia 31 tahun di depan rumah sewanya di Kampung Chubadak, Sentul Pasar, di sini, malam kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam itu, mangsa dipercayai sedang berjalan masuk ke dalam rumah sebelum mendengar namanya dipanggil.

Menurut sumber, apabila mangsa memusingkan badannya, kedua-dua suspek terus menyimbah cecair berkenaan yang mengenai muka, tangan dan badan mangsa.
“Difahamkan, beberapa hari lalu berlaku pertelingkahan antara mangsa dengan kedua-dua suspek, serta seorang lagi individu dipercayai pemilik rumah yang disewa mereka.

“Mereka dikatakan bertengkar sesama sendiri berkenaan hal sewa rumah,” katanya.

Menurutnya, selepas kejadian itu, semua mereka meninggalkan kawasan itu dan pulang ke rumah masing-masing sebelum suspek, yang kedua-duanya dalam lingkungan belasan tahun muncul kembali di depan rumah mangsa dan menyimbah cecair berkenaan ke arah mangsa. “Mangsa mendakwa suspek tidak berpuas hati dengan tindakan serta kata-katanya sewaktu pertengkaran itu dan menyimpan dendam terhadapnya,” katanya.
Bagaimanapun, mangsa yang mengadu pedih mata serta gatal-gatal di kulit berada dalam keadaan stabil selepas mendapat rawatan pesakit luar di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan siasatan sedang dijalankan.

SUMBER: HARIAN METRO
24 MAY 2011

Dua-dua kejadian di atas di SENTUL.
Tempat tinggal me n en.suami.
Persoalannya....adakah sentul ni blackarea???...
Sudah banyak jenayah yg me dgr yg berlaku di Sentul, KL ni..
Hmm....

alkisahnya```FOLLOWERS!!!```

Me sgt gembira!!!

Me sudah ada followers!!!

A big hug, a lot of kiss to miss cella n miss dya sbb sudi jadi followers me!!!


Sekian

Monday, May 23, 2011

alkisahnya```setiap JUMAAT```


Novel setebal 722 m/s ni agak lama jgak me nak habiskan membacanya...penat tau tapi menarik!!!

Me sgt suka novel ni...mekaceh kat miss cella my opismate bg pinjam novel ni..

Me bg sinopsis novel ni yg me copy dr  novel ni

Hidup di negara orang memang payah. Apatah lagi di negara Jepun yang rumah sewanya hanya sekangkang kera. Benar kata orang, biar hujan emas di negara orang, hujan batu di negara sendiri. Negara sendiri lebih indah. Tetapi kerana dendam, payah dan gundah, suka atau tidak, Jasmine gagah mengharungi sendiri.
Bertahun berlalu, marah pada emak tidak pernah surut. Memang tidak ada haramnya emak berkahwin lain, tidak ada hinanya. Ayah sudah pun meninggal dunia. Tetapi apa perlunya emak berkahwin dengan lelaki bujang?
Namun Jasmine tidak tahu, ada rahsia sebenar yang emak tidak mahu cerita...

menarik tak..menarik tak...???

wassalam...

alkisahnya```En suami...en.suami```...

me tgh tgk me nyer blog, pastu en.suami


en.suami: eh...ayang buat blog ke?
pn. isteri: hehe..ada... baru wat smlm...bosan..hehehe..tapi ayang xtau nak hapdet ape...
en.suami: ayang tulis la pasal apa yg jadi hari2...
pn. isteri: er...



pastu, en. suami pakai laptop


en.suami: ni tgk...makan megi pon org tulis dlm blog siap ada gamba lagi..haa...ayang masak sardin mlm ni tulis laa dinner sardin untuk suami...
pn.isteri: er..


itu yg dapat idea hapdet benda ni...blh plak gitu kan hehehe

hanya illustrasi!!!

sekian...

Sunday, May 22, 2011

alkisahnya``yang pertama``....

hai....salam pagi semua!!!

blog wujud masa me keseorangan di rumahku syurgaku. 
En. suami pergi mencari rezeki untuk kami berdua...belum lagi bertiga...bila laa tu ekk

hmm....hope pasni blog me lagi lawo, santek, marbelles, etc..


me and en. suami

Template by:

Free Blog Templates