Tuesday, May 24, 2011

alkisahnya```SENTUL```

Episod duka pramugari


KUALA LUMPUR: Seorang pramugari berusia 22 tahun yang mahu meraikan kejayaan bersama rakan sekerja selepas mendapatkan pekerjaan tetap bertukar tragedi apabila dia dirogol seorang lelaki tidak dikenali di sebuah hotel di Sentul di sini, kelmarin.
Difahamkan, mangsa dari Kota Bharu, Kelantan, baru memulakan pekerjaannya dengan sebuah syarikat penerbangan sebulan lalu dan dibawa rakannya ke sebuah kelab malam untuk meraikan kejayaannya dan mengajar mangsa untuk bersosial. 
Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu, mangsa yang tidak pernah meminum arak sebelum ini dikatakan hilang kawalan.

Menurut sumber, kesempatan itu digunakan seorang lelaki berusia lingkungan 20-an untuk mendekati mangsa sebelum membawanya yang dalam keadaan mabuk ke sebuah hotel berhampiran.

“Mangsa kemudian dirogol lelaki terbabit sebelum meninggalkan mangsa berseorangan. Kejadian itu hanya disedari mangsa selepas mendapati dia berbogel dalam sebuah bilik hotel, kira-kira jam 10 pagi keesokan harinya.


Simbah asid kerana dendam


SENTUL: Akibat dendam lama, dua lelaki keturunan Aceh bertindak nekad menyimbah cecair dipercayai asid ke arah seorang lelaki tempatan berusia 31 tahun di depan rumah sewanya di Kampung Chubadak, Sentul Pasar, di sini, malam kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam itu, mangsa dipercayai sedang berjalan masuk ke dalam rumah sebelum mendengar namanya dipanggil.

Menurut sumber, apabila mangsa memusingkan badannya, kedua-dua suspek terus menyimbah cecair berkenaan yang mengenai muka, tangan dan badan mangsa.
“Difahamkan, beberapa hari lalu berlaku pertelingkahan antara mangsa dengan kedua-dua suspek, serta seorang lagi individu dipercayai pemilik rumah yang disewa mereka.

“Mereka dikatakan bertengkar sesama sendiri berkenaan hal sewa rumah,” katanya.

Menurutnya, selepas kejadian itu, semua mereka meninggalkan kawasan itu dan pulang ke rumah masing-masing sebelum suspek, yang kedua-duanya dalam lingkungan belasan tahun muncul kembali di depan rumah mangsa dan menyimbah cecair berkenaan ke arah mangsa. “Mangsa mendakwa suspek tidak berpuas hati dengan tindakan serta kata-katanya sewaktu pertengkaran itu dan menyimpan dendam terhadapnya,” katanya.
Bagaimanapun, mangsa yang mengadu pedih mata serta gatal-gatal di kulit berada dalam keadaan stabil selepas mendapat rawatan pesakit luar di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan siasatan sedang dijalankan.

SUMBER: HARIAN METRO
24 MAY 2011

Dua-dua kejadian di atas di SENTUL.
Tempat tinggal me n en.suami.
Persoalannya....adakah sentul ni blackarea???...
Sudah banyak jenayah yg me dgr yg berlaku di Sentul, KL ni..
Hmm....

0 komentar terbaek:

Post a Comment

Template by:

Free Blog Templates