Tuesday, May 31, 2011

alkisahnya```WASATIYYAH```

Me nak cter pasal wasatiyyah.
Wasatiyyah ni bermaksud kesederhanaan.
Semalam me ada post "wasatiyyah vs riak" kat fb..Macam2 komen dr kawan-kawan me.
Ada jgak yang tanya me wasatiyyah tu ape?...hehehe. 

Telefon berdering:-

Me:Hello
Kawan: hello...bla...bla...wey, nak tanya la.
Me: ha..apa dia
Kawan: apa tu..musa...hm...haa..wasatiyyah.wsatiyyah tu apa?
Me: hehehe...kesederhanaan la wey..
Kawan: oh...bla..bla...


Baca ni nak tau lebih lanjut:-
Wasatiyyah atau sikap bersederhana merupakan salah satu daripada ajaran yang diterapkan oleh Islam kepada Umat Islam seluruhnya yang merangkumi segenap aspek kehidupan kita. Tidak terlalu melampau dan tidak pula terlalu mengambil mudah akan sesuatu perkara atau urusan. Oleh itu Islam merupakan satu agama yang sederhana dan memerintahkan agar Umat Islam pun turut bersederhana dalam kehidupan seharian mereka. Ini bersesuaian dengan maksud firman Allah s.w.t di dalam surah Al-Baqarah 185 yang berbunyi :
Allah menghendaki untuk kamu kemudahan dan tidak menginginkan kesukaran…
Begitu juga dengan maksud sabda Rasulullah s.a.w dari Anas bin Malik r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda :
Permudahkanlah, janganlah memberat-beratkan, tenangkanlah janganlah meliarkan ….. 
Arahan di atas hendaklah difahami secara ilmiah bukan secara membabi-buta, yang dimaksudkan ialah melaksanakan segala perintah Allah s.w.t dan Rasul-Nya secara bersungguh-sungguh, ikhlas, berhati-hati dan penuh tanggungjawab dan tidak boleh dilaksanakan secara melampaui batas, cuai, mengambil mudah, meringan-ringankan sesuatu ibadah atau perintah Allah dan Rasul-Nya. Melakukan sesuatu ibadah atau perintah Allah dan Rasul-Nya secara melampaui batas akan melahirkan satu ibadah yang boleh memberatkan orang lain sehingga menjadi ia satu bida’ah manakalah meringan-ringankan pula akan mendorong atau menjerumuskannya kepada meninggalkan terus ibadah tersebut.
Cuba kita perhatikan kehidupan Rasulullah s.a.w di dalam melakukan ibadah, baginda akan mengerjakannya secara bersungguh-sungguh serta menyama-ratakan dengan aktiviti hariannya. Ini bermakna ibadah dan kehidupan seharian adalah seimbang atau tidak berat sebelah. Ini dapat dilihat di dalam maksud sebuah hadis dari Aisyah r.a beliau telah berkata :
Apabila Rasulullah diberi pilihan, baginda akan memilih yang paling mudah daripada keduanya selagi ia tidak berdosa. Jika ia berdos maka dialah manusia yang paling jauh daripadanya.” – Bukhari dan Muslim
Demikianlah ajaran dan kehidupan Rasulullah s.a.w yang secara tidak langsung telah memberikan kita satu pengajaran dan teladan untuk dicontohi bersama dan menjadikannya sebagai teras kehidupan kita seharian agar kehidupan dunia dan akhirat adalah seimbang.

Bagi me, sifat kesederhanaan perlu ada dalam setiap diri individu. Tak kira lah mereka dari golongan yang kaya ataupon tidak.
Tapi, kekadang berdasarkan apa yang me dengar dan tengok, sifat wasatiyyah ni kurang diamalkan oleh kita.
Contohnya lah kan, jika ada orang yang ada kelebihan sesuatu dari kita, kita sendiri juga akan cuba menaikkan diri kita di hadapan mereka supaya orang lain memandang tinggi diri kita. Dalam erti kata lain kita berlumba-lumba nak bgtau yang kita ni pernah itu...pernah ini, ada itu, ada ini...
Kenapa mesti berlaku keadaan seperti tu?
Perlu ke semua itu?
Apa yang kita dapat daripada semua itu?Keseronokan?Kebanggaan?
Apa salahnya kita tanamkan sifat wasatiyyah dalam diri?Bersederhana dalam segala hal...
Ataupun ini disebabkan oleh arus kemodenan negara yang semakin maju menyebabkan kita harus bersaing sesama sendiri supaya kita dipandang tinggi atau kita ada segala-galanya...

Me bercerita lebih kepada apa yang berlaku dalam sehari-harian me. Me cuba luahkan dalam bentuk tulisan

Sekian

0 komentar terbaek:

Post a Comment

Template by:

Free Blog Templates