Friday, June 17, 2011

alkisahnya```panduan bersama```


Salam

Kat bawah ni sepotong ayat daripada surah Yassin
Ayat 9 – Orang jahat tak nampak kita terutamanya orang kafir

Bermaksud:-


Dan Kami adakan di hadapan mereka dinding, dan di belakang mereka dinding (pula), dan Kami tutup (mata) mereka sehingga mereka tidak dapat melihat.


Ayat di atas sebahagian daripada Surah Yassin. 
Ayat ini boleh kita jadikan sebagai benteng keselamatan dan pertahanan diri kita dari unsur-unsur kejahatan yang boleh melemahkan dan melalaikan kita sebagai umat-Nya.


Me sendiri pun mengamalkan ayat tersebut setiap kali selepas solat fardhu. 
Kita boleh amalkan membacanya sebanyak tujuh kali ayat.
Mudah-mudahan kita terhindar  daripada segala bentuk unsur-unsur kejahatan sama ada sesama manusia sendiri mahupun makhluk halus.
Sama-samalah kita mengamalkannya untuk kesejahteraan hidup kita semua.
Kalau nak ikutkan masih banyak lagi ayat-ayat Al-Quran yang boleh kita jadikan sebagai panduan hidup kita.

Meh kita sama-sama hayati kelebihan dan kebaikan membaca surah yassin:-



Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud: “Bacalah surah Yasin kerana ia mengandungi keberkatan.” Iaitu:


1.      Apabila orang lapar membaca surah Yaasin, ia boleh menjadi kenyang.
2.     Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.
3.     Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.
4.     Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.
5.     Jika terpenjara akan dibebaskan.
6.     Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.
7.     Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.
8.     Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya.
9.     Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.
10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.
11. Rasulullah S.A.W bersabda: “Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al-Quran itu ialah Yasin. Sesiapa membaca surah Yasin, nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali.”
12. Sabda Rasulullah S.A.W lagi: “Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yasin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya.”
13. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yaasin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.
14. Rasulullah S.A.W bersabda selanjutnya: “Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yaasin dan rakaat kedua Tabaroka. Allah jadikan setiap huruf cahaya di hadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya di tangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik.


Sama-samalah kita hayati dan fahami maksud disebalik Surah Yassin yang banyak kelebihannya kepada kita sebagai umat Islam.


Wassalam

0 komentar terbaek:

Post a Comment

Template by:

Free Blog Templates