Tuesday, June 28, 2011

alkisahnya```june yang indah lagi```

Salam...

hm...dah agak lama kot me x hapdet blog me pasal crite terkini me...tapi macamlah ada org bacakan. tapi xpelah ni kan ala2 diari me kan kan...ye kan jelah ekk sape yg bace ni kui kui...

bulan JUNE 2011 ni aja, ada banyak benda yg wat kami (me N en.suami) gembira n terharu!!! Post sblm ni me citer yg me mengandung kan...ada lagi berita yg menggembirakan kami lagi tau....kalau lah kome ada baca post pasal cita-cita en.suami <kome bace tajuk bukan senang nak jadi senang>, skang ni me nak gtau yg beliau dah diiktiraf sebagai juruterbang!!! tercapai jgak impian & cita-cita en. suami nak bawak benda besar gaban tu kui kui....tahniah my dear!!!!<en. suami, sila hadiahkan apa yg ayg minta ye>
Segala rintangan berjaya dihadapi en.suami dengan jayanya walaupun hampir nak dibuang disebabkan performance yang kurang memuaskan...Itulah yg dinamakan berkat kesabaran membuahkan hasil!!!

alhamdulillah, padamu aku bersyukur dipermudahkan segalanya. Inilah yang dikatakan rezeki anak kan....Kome semua doakan anak me sihat n doakan me juga sihat tau!!!


Me jugak dah kerja kat putrajaya pastu umah pun kat putrajaya gak!! Dah jadi org putrajaya laa plak ni...hehehe


Sekian

Thursday, June 23, 2011

alkisahnya``` june yang indah!!!```

Salam

Alkisahnya, me N en.suami akan bertiga tahun hadapan. Jeng...jeng...

Kisahnya, me nyer period dah lepas seminggu n mama me N en.suami advise suh wat ujian kehamilan la kan. Balik kerja terus g Guardian beli pregnancy test...
Balik umah jer terus wat ujian, xtunggu dah ni...kui kui...
 Jeng...jeng...

Dah lepas 3 min, kat situ terpaparlah 2 line!!! Maksudnya me dah mengandung laa!!! 

me nyer test macam kat atas ni

Seronoknya x terkata tau!!! Alhamdulillah, syukur!!! Masa tu percaya dengan tidak je yang me ni dah mengandungkan zuriat en. khairul anwar!!!

Suka suka jgakkan...tapi untuk 3 bulan pertama ni me kena jaga betul2 lah, masa nilah kot2 ada kemungkinan yang xdiingini ke kan. Minta dijauhkan daripada semua itu...Amin

Dalam bulan june nilah we all celebrate our first anniversary n bulan june jgaklah we all dapat berita yang we all akan jadi mama n papa...Miracle!!! Harap sangat anak mama nanti sihat n comel!!!

hanya illustrasi!!!

Friday, June 17, 2011

alkisahnya```panduan bersama```


Salam

Kat bawah ni sepotong ayat daripada surah Yassin
Ayat 9 – Orang jahat tak nampak kita terutamanya orang kafir

Bermaksud:-


Dan Kami adakan di hadapan mereka dinding, dan di belakang mereka dinding (pula), dan Kami tutup (mata) mereka sehingga mereka tidak dapat melihat.


Ayat di atas sebahagian daripada Surah Yassin. 
Ayat ini boleh kita jadikan sebagai benteng keselamatan dan pertahanan diri kita dari unsur-unsur kejahatan yang boleh melemahkan dan melalaikan kita sebagai umat-Nya.


Me sendiri pun mengamalkan ayat tersebut setiap kali selepas solat fardhu. 
Kita boleh amalkan membacanya sebanyak tujuh kali ayat.
Mudah-mudahan kita terhindar  daripada segala bentuk unsur-unsur kejahatan sama ada sesama manusia sendiri mahupun makhluk halus.
Sama-samalah kita mengamalkannya untuk kesejahteraan hidup kita semua.
Kalau nak ikutkan masih banyak lagi ayat-ayat Al-Quran yang boleh kita jadikan sebagai panduan hidup kita.

Meh kita sama-sama hayati kelebihan dan kebaikan membaca surah yassin:-



Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud: “Bacalah surah Yasin kerana ia mengandungi keberkatan.” Iaitu:


1.      Apabila orang lapar membaca surah Yaasin, ia boleh menjadi kenyang.
2.     Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.
3.     Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.
4.     Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.
5.     Jika terpenjara akan dibebaskan.
6.     Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.
7.     Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.
8.     Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya.
9.     Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.
10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.
11. Rasulullah S.A.W bersabda: “Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al-Quran itu ialah Yasin. Sesiapa membaca surah Yasin, nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali.”
12. Sabda Rasulullah S.A.W lagi: “Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yasin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya.”
13. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yaasin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.
14. Rasulullah S.A.W bersabda selanjutnya: “Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yaasin dan rakaat kedua Tabaroka. Allah jadikan setiap huruf cahaya di hadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya di tangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik.


Sama-samalah kita hayati dan fahami maksud disebalik Surah Yassin yang banyak kelebihannya kepada kita sebagai umat Islam.


Wassalam

Thursday, June 16, 2011

alkisahnya```akhirnya!!!````


Salam

Alhamdulillah!!!....

Alkisahnya...me sudah dapat tukar ke Putrajaya!!!

Yahhhoooo!!!!!


Tuesday, June 14, 2011

alkisahnya```pasar malam bukan untuk orang islam```

Salam...

Alkisahnya...semalam me N en.suami kuar pergi makan kat the best asam pedas kat jalan genting klang. Dah kenyang bagai semua tu gi lah jenjalan. 
Gi pusing2 kat Wangsa Walk, konon2 nak g la nengok wayang. Tapi xjadi sbb waktunya cam lewat sgt dah laa esok nak kijekan..Pusing punya pusing last2 kuar dari situ...
Otw nak balik tu nampaklah pasar malam. En.suami pun ajaklah g usha cd kot2 ada cter best kan. Pasar malam tu tiap-tiap hari senin, me xpenah pun berhajat nak pegi pasar malam ni, malam tu je kiteorg singgah...Slalu g terjah pasar malam hari selasa jer...
Kisahnye...me N en. suami dah masuk dekat separuh jalan gak laa, me pun cakap kat en.suami "eh, ayang nengok sume cine jer, xder org melayu pun". en.suami angguk jer <dia angguk jer, takut org cina dgr kot hehe>. 
Sampaikan yg jual cd tu pun cina. kiteorg belek2 laa cd ada cter apa kan...pastu jalan lagi, dah nak sampai ujung mmg sah-sah pasar malam tu bukan pasar malam biasa!!! Penuh dengan penjual cina tau...
Yang ada pun dua tiga gerai kot org melayu jual tapi kat ujuuuung skali...Buah pun cina jgak yg jual...
Nilah 1st pasar malam yang penah me masuk yg satu2nya pasar malamnya untuk kaumnya sahaja!!!
Kuar je dr situ, barulah en.suami ni bersuara: "kotor betul ekk pasar malam tu"
Nasib baiklah kiteorg ni x berhajat nak gi cari makanan kat sana, kompem2 pas g sana masih terbayang-bayang lagi pasar malam tersebut..
Patutlah selama ni me xpenah plak nak ajak en.suami g pasar malam tu rupenyer mmg sah2 bukan untuk kita...

Lokasi kejadian:- Jalan Sentul
Tarikh:- 13/06/2011
Masa:- 8:40 pm

Sekian

alkisahnya```kenapa???```

Salam...

Alkisahnyer...me nak cter pasal cter yang diceritakan oleh bdak travel agent ni....

No wonderlah orang2 besar nak letak title dalam namanyer mcam dato', tan sri ke, puan sri ker...ni sume sbb mentality orang kita sendiri yang suka layan sapa2 yang ada title shj!!!



Kisahnye ada seorang penjawat awam yang berstatus Dato' ni naik la kapal terbang ngan isteri beliau. Masa tu dia xkisah lagi nama dia ada title atau pun tidak, so pada tiket tersebut cuma ada namanya shj n isteri nyer ada title Datin.
Cuba korang bayangkan pramugari tersebut cuma melayan Datin je, Dato' yang kat sebelah tu xdapat pun layanan macam mana isterinya dapat!!! Mungkin pramugari tu cakap lelaki yang kat sebelah tu cuma escort Datin tersebut kot. Itu yang dia wat dono jer...
Padahal first class nyer seat tu...
Bukan ker sepatutnya kita bila duk kat first class kena laa dapat layanan yg tip top tapi xjgak ekk, kena ada title baru dilayan!!!
 Sejak daripada tu Dato' tersebut mmg pentingkan title beliau diletakkan dlm tiket.



Jadinyer kat sini masyarakat kita sendiri yang suka membeza-bezakan status seseorang itu yang mana perlu beri layanan istimewa yang mana tidak...
Mereka2 yang berpangkat ini ada alasan yang kukuh nape nak letak jgak title  mereka itu.
Tapi orang kata zaman sekarang ni jgn haraplah nak dapat layanan tip top kalu kita xbgtau kita ni sapa...
Apa salahnya bagi layanan sama rata je kan, bukan salah pun. 
Bak kata orang, orang bebudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa<betul ker>

Sekian

Monday, June 13, 2011

alkisahnya```bergambar bersama artis paling popular 2010```

Salam...

Alkisahnya...me pegi makan ikan bakar kat Umbai, Melaka...

Tau tak me dapat bergamba dengan sapa???
Sila lah scroll ke bawah
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
bawah lagi...hehehe...kasi suprise sket!!!
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
tadaaaa........
sapa-sapa yang peminat SHAHEIZY SAM ni...sila jgn gigit jari ye..
kui kui

Dah la kenyang makan ikar bakar pastu dapat plak bergamba dgn si artis fofular ni!!! Gumbira adek me+ mak me pon sama...kui kui

Sekian...

Monday, June 6, 2011

alkisahnya```burung pun ada otak dan persaan```

Salam semua


Gambar-gambat kat bawah ni adalah benar belaka...bukan hanya omongan semata-mata

sang isteri yang cedera dilanggar kereta semasa melintas jalan. Keadaan sang isteri agak parah tapi kat sni xnampak plak darah ke apa...
sang suami dgn penuh kasih sayang datang bawakan makanan untuk sang isteri!!! Very touching!!!

sang suami  datang lagi dengan niat nak bagi sang isteri makanan nak bagi sang isteri tenaga, tapi sang isteri sudah tidak bernyawa. Sang suami cuba alihkan sang isteri ke tempat yang lebih selamat...sang suami begitu bekerja keras nak alihkan sang isteri....
sebenatnya sang suami tidak menyedari yang sang isteri sudah tidak bernyawa!!! menyedari keadaan itu sang suami menangisi pemergian sang isteri yang disayangi itu!!!
sang suami masih lagi disamping sang isteri meratapi pemergian sang isteri yang tercinta!!! sang suami amat sedih!!!
sang suami meratapi pemergian sang isteri...

tengoklah dunia, haiwan pun ada perasaan seperti kita juga bila kita kehilangan orang yang kita sayangi. Siapa kata haiwan takde otak dan persaan??? 
Kejadian ini berlaku membuktikan segala-galanya

Sekian

alkisahya```breakfast apa pagi ni?```


Salam pagi semua!!

En. suami baru je call me tadi, tapikan.....


En. suami: ling makan apa pagi ni?
Pn. isteri: tadi ayg dah gtau kan? 
En. suami: yeke? abg lupa laa..ha abg tau ling makan apa...kueh kan
Pn. isteri: ha yelah tu...baik xyah cakap <nada marah ada, merajuk pun ada>
En. suami: yelah abg xigt...abg kan baru balik pastu demam...<alasan la tu>



Untuk pengetahuan semua, hari ni Pn. isteri berpuasa ganti!!!
Boleh plak En.suami tanya makan apa padahal dah cakap pagi tadi tau!!
eee.................

Sekian

Friday, June 3, 2011

alkisahnya```cybersecurity```

 Salam semua....


Alkisahnya kali ni, me nak bercerita pasal ceramah yang me dengar masa me hadirkan diri me ke MAJLIS ANUGERAH ANAK CEMERLANG & CERAMAH MOTIVASI & KESIHATAN anjuran PUSPANITA. Adalah slot pasal cybersecurity ni. Ingatkan slot tu membosankan tapi banyak bagi info kat me tau!!!



Kome pernah dengar n tahu pasal cybersecurity? Mesti tak tau kan...hehehe...
okey..Cybersecurity ni macam polis jugaklah tapi lebih kepada salah laku dalam alam maya. Tau tak alam maya tu apa? Alah...yang korang-korang dok buka komputer dok surf gosip-gosip, pastu bukak facebook lah, bukak forumlah. Tulah namanya alam maya aka internet. Apa yang kita buat dengan facebook kita, apa yang kita bualkan dalam chat room ataupun email, cybersecurity ni boleh access semua tu. Even kita sms pakai hp pun dia org blh tau...katakanlah kita sms macam ni:-


A:- wey, ko xdtg mlm ni, aku bom rumah ko..hehehe
B:- uihs...ko ni...sampai nak bom2 bagai
A:- yelah, penat aku arrange pastu ko xnak dtg plak!!!
B:- ye..ye aku datang

Sms macam tu cybersecurity boleh detact n they all akan pantau semua kegiatan kita sampailah tempat kita tinggal pun they all akan perhatikan!!!
Itu belum kira they all pantau Facebook, email, n chat room.


Antara kes yang pernah they all handle antaranya:-
- kes bunuh Altanthuya
- kes salah laku video seks ketua parti pembangkang
- kes liwat ketua parti pembangkang
Jadinya, they all ini ada maklumat terperinci pasal kejadian-kejadian tersebut!!! 
Ha...pasal facebok pulak, yang menjadi kegemaran kome semua ni,  they all boleh access kita nyer profile even kita privatekan kita nya profile. Pernah ada satu kes yang diceritakan oleh penceramah ni. Seorang kakitangan klinik di Bangi menjadi mangsa jenayah siber ni. Beliau dikatakan menawarkan khidmat seksnya melalui akaun facebook!!! Semua alamat mengenai mangsa tersebut semua lengkap termasuklah gambar mangsa di dalam akaun tersebut. En. penceramah menelefon mangsa tersebut untuk bertanya kesahihan itu:-

En.penceramah: Hello kak ***, saya nak tanya sikit ni. Akak ada tawarkan khidmat seks di facebook?                                        
Mangsa: (dengan nada marah) mana ada la. ini siapa?
En. penceramah:- saya tengok dalam akaun facebook, menyatakan khidmat tersebut

Mangsa terus terdiam. En. penceramah menasihatkan mangsa membuat laporan polis dan beliau akan siasat. Setelah disiasat, mereka telah menjumpai orang yang melakukan jenayah tersebut. Bila ditanya kenapa buat seperti itu, mangsa hanya menjawab "SAJA SUKA-SUKA!!" terkejut tak dengar jawapan budak ni???ha..kome semua nampak tak betapa bahayanya bila kita tak sedar yang kita ni menjadi manga keadaan...

En. penceramah menasihatkan kita yang suka dengan  facebook ini, supaya jangan meletakkan maklumat & gambar seperti berikut:-
- maklumat seperti alamat rumah, tempat bekerja
- gambar passport
- gambar yang diambil secara close up
- gambar keluarga
- gambar kita berdiri ala-ala model yang tunjuk satu bandan kita
- gamba seksi-seksi
Sebabnya, daripada situlah mereka akan crop gamba kita untuk wat benda yang macam akak ni kena. Tapi untuk makluman semua, walaupun kita dah delete gamba-gamba tu ia hanya delete di skrin kita sahaja tidak pada rantaian internet itu sendiri!!!

Berhati-hatilah kome semua masa nak hapload gamba kome semua ye!!!
Ada masa korang bukak laman sesawang cybersecurity

Sekian

Thursday, June 2, 2011

alkisahnya```sentul lagi```

Salam..

Haish...apa nak jadi laa zaman sekarang ni. Baru pas baca paper, lagi kejadian jenayah kat Sentul. Kali ni melibatkan bayi lelaki yang baru lahir. Nauzubillah...

Baca petikan di bawah:- 



KUALA LUMPUR: Kekejaman jenayah buang bayi ibarat mencapai tahap kemuncak apabila seorang bayi lelaki yang masih bertali pusat ditemui mati dengan kepala berkecai dipercayai akibat dicampak dari tingkat lima sebuah pangsapuri di Sentul Utara, di sini, jam 12 tengah malam kelmarin.

Bayi berkenaan dipercayai masih hidup sebelum dicampak. Dipercayai bayi itu dibawa seseorang ke tingkat lima pangsapuri berkenaan berdasarkan kesan darah yang ditemui di tangga bangunan itu.
Penduduk yang menemui mangsa, Ahmad Azhari, 34, berkata ketika itu dia baru meletakkan keretanya di tempat letak kenderaan di bawah pangsapuri berkenaan.

Menurutnya, ketika berjalan menuju rumahnya, dia melihat benda seakan-akan bayi terbaring di tepi tong sampah di atas jalan.
“Saya pada mulanya menyangka benda itu anak patung, namun pelik apabila melihat ada kesan darah. Saya kemudian berjumpa jiran yang berada berdekatan dan menyuruhnya memeriksa objek itu dan terkejut apabila mendapati ia mayat bayi,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.
Jirannya, Mokhtar Ahmad berkata, ketika melihat mayat bayi itu dari dekat, hatinya amat tersentuh kerana terdapat kecederaan teruk pada kepala bayi itu. Tak sangka ada manusia tergamak melakukan perbuatan kejam ini,” katanya yang melaporkan kejadian itu kepada polis.

Pengerusi Rukun Tetangga pangsapuri berkenaan, Ramli Abd Aziz, 43, berkata selama 17 tahun menetap di situ, ini kali pertama kejadian pembuangan bayi secara kejam berlaku.
“Geram apabila difikirkan mereka melakukan perbuatan kejam itu dan sayu rasanya ketika saya melihat darah bayi itu yang keluar dari kepalanya.
“Perasaan sedih kuat menyelubungi diri saya, tapi hendak menangis pun tidak berguna kerana kejadian sudah berlaku,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan, berkata polis tidak menolak kemungkinan bayi itu dicampak dari tempat tinggi iaitu pangsapuri berhampiran berdasarkan kecederaan parah pada kepalanya.

Menurutnya, polis menerima maklumat mengenai penemuan mayat bayi itu pada kira-kira jam 12.30 tengah malam dan pemeriksaan di lokasi kejadian mendapati bayi yang cukup sifat itu besar kemungkinan baru dilahirkan berikutan masih bertali pusat.

“Di sebelah mayat bayi itu turut ditemui beg plastik yang mengandungi uri,” katanya yang merayu orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu segera menghubungi polis.
Kes pembunuhan dan pembuangan bayi ini yang ketiga berlaku di Lembah Klang dalam seminggu. Harian Metro semalam melaporkan mengenai penemuan mayat seorang bayi tersangkut di celah batu di Sungai Gombak, berdekatan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, jam 9 pagi, kelmarin.
Bayi perempuan itu dibawa arus sungai berkenaan ke kawasan itu berikutan maklumat orang awam menyatakan ternampak kelibat ‘anak patung’ terapung di kawasan berdekatan Stesen LRT Titiwangsa.

Pada 27 Mei lalu pula seorang penuntut kolej swasta berusia awal 20-an nekad menyimpan mayat bayi lelaki cukup sifat dilahirkannya dalam almari di bilik sebuah rumah di Cheras di sini, selama dua hari.
Penuntut terbabit melahirkan bayinya sendirian dan bayi itu dipercayai mati sejurus dilahirkan sebelum menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya di sini, kira-kira jam 12 tengah hari, selepas berasa bersalah dengan tindakannya.
Penuntut itu hadir ke balai polis sambil mendukung mayat bayinya yang dibalut tuala.
SUMBER: HARIAN METRO
02 JUN 2011

Sekian

alkisahnya```bukan senang nak jadi senang...```

Salam semua...


Dugaan demi dugaan yang perlu kita lalui jika kita nak jadi senang. Impian dan cita-cita setiap manusia berbeza-beza. Me nak cerita pasal cita-cita En.suami. 


Macam En.suami me, dia dah lama tanam cita-citanya nak jadi seorang juruterbang. Tapi macam-macam dugaan dan rintangan yang terpaksa dia lalui.Dia tinggalkan kerjaya dia yang dahulunya menjadi pendidik semata-mata nak kejar cita-citanya walaupun dia masa tu dah berumur 28 tahun (masa tu kami belum kawen). Bayangkan lah begitu kuat semangat dia nak tinggalkan segala-galanya untuk capai cita-citanya itu.




Alhamdulillah, Allah permudahkan segala urusan En.suami untuk masuk ke sekolah penerbangan di Kelantan dengan tajaan daripada MARA dan juga duit sendiri.Yuran untuk masuk ke sekolah penerbangan tersebut bukannya murah sangatlah mahal!!! Selama dua tahun En.suami belajar kat sana. Macam-macam dugaan yang datang. Itu belum kira tenaga pengajar yang garang, dah la garang lepas tu tak nak mengajar yang dia tahu nak marah-marah. Pernah sekali En. suami kena tumbuk sampai lebam lengan pastu cermin mata pun boleh patah...Bukanlah semua tenaga pengajarnya macam tu, ada yang baik.Tapi yang penting sekali kami masih lagi sempat bertunang dalam masa 2 tahun itu. Hebat jugak kami kan.


Dah habis belajar, lagi sekali selepas kawen rezeki En.suami dipermudahkan olehNYA. Syukur alhamdulillah. masa tu kami baru 3 bulan kawen dan En.suami dapat tawaran dari syarikat penerbangan. Kami tak sangka secepat ini rezeki yang En.suami dapat sebabnya daripada pengalaman kawan-kawan En.suami ada yang sampai 2 tahun menganggur sebab tak dapat tawaran daripada syarikat penerbangan. Sebelum ni En.suami teruskan menjadi pengajar sebelum dapat tawaran dari syarikat penerbangan tersebut. 
Syukur, Alhamdulillah...


Dalam tempoh training dengan syarikat penerbangan tersebut macam-macam dugaan yang datang. Tapi me sangat memuji sifat En.suami yang tak mudah putus asa dan kuat semangat!!! Kekadang me pun tension jgak lah bilalah En.suami ni nak abeskan training nyer ni...kekadang sampai bergaduh hehehe...kesian kat En.suami. Cayang abang tau!!!


Nak jadi juruterbang ni macam-macam training yang nak kena lulus. Masa kat sekolah penerbangan dulu sahaja tak memadai pun. Dulu masa kat sekolah penerbangan pakai kapal yang jenis lain, masuk line training pakai kapal jenis lain plak. Nak kena lulus exam, lulus simulator dan akihir sekali fasa bawak kapal terbang yang ada passenger!!! Masa tulah En.suami diuji oleh kapten-kapten yang jadi tenaga pengajar. Ada yang garang, baik, n peramah.


Walaupuan dah masuk fasa training dengan syarikat penerbanagan itu belum lagi menandakan kita sudah capai cita-cita yang kita idamkan. Tapi nasib tak menyebelahi En.suami. En.suami selalu dapat tenaga pengajar yang garang-garang. Pantang buat silap mesti akan dimarah, itu belum kira lagi maki hamun yang En.suami dapat...Kesian En.suami. Sekarang lagi sekali En.suami diuji. Dugaan yang betul-betul menguji tahap keimanan kami sebagai hambaNYA.


Mudah-mudahan En. suami berjaya mencapai cita-citanya yang dia idamkan sejak kecil lagi..Chayok..chayok my dear!!! Ya Allah..permudahkanlah segalanya bagi pihak Khairul Anwar...


Sekian

Wednesday, June 1, 2011

alkisahnya```betul ker ada rupa??```

Cam mana nak mula ekk...
Alkisahnya ni perbualan me dgn En.suami


En.suami: ayang, tau apa C*** Z**** cakap kat abang pas jumpa D***?
Me: cakap apa?
En.suami: rupa dah ada, style pun dah ada...tapi tak lepas-lepas lagi line training..
Me: haa?...yeke?biar betul dia cakap gitu...ada ker rupa? meh cni nak tgk balik...hehehe
En.suami: tulah..abang pun cam tak caya dia kata gitu...

Kesudahannya dua-dua gelak mengenangkan pasal ayat "rupa ada, style ada".


Me percaya dgn tidak, ada rupa ke En.suami ni...rupanya biasa2 jer tapi ayat orang tersebut macam laa 
En.suami ni setaraf ngan Ashraff Muslim or Aaron Aziz je hehehe...(agaknya me nyer suami ni hensem gak la kan kan)


Sekian

alkisahnya```ISLAND SHOP```

Sapa pernah shoping kat ISLAND SHOP???
Sila angkat tangan macam UCOP WITCA hehehe...

Rupa-rupanya kedai untuk kita shopping untuk percutian kita ke pulau-pulau wujud sebenarnye erk..
Me jumpa ISLAND SHOP ni dekat One Utama last weekend masa tengah berlibur dengan En.suami. 
So, sesapa yang nak pergi bercuti kat pulau-pulau di Malaysia ataupun di luar Malaysia pergilah membeli-belah di ISLAND SHOP
Mesti kamu semua nampak gorgeous dengan baju ISLAND SHOP sambil jalan-jalan tepi pantai menikmati keindahan pantai bersama-sama orang yang tersayang!!!




``Bayangkan kamu semua sedang bersantai dengan baju ISLAND SHOP hehe``


Me sangat teruja nak shoping kat ISLAND SHOP tapi belum ada perancangan nak pergi bercuti di pulau.
Me tak masuk pon kedai tu sekadar snap gamba masa tengah beratur nak tgk directory nak cari makanan apa yang ada kat One Utama.
2 keping gambar jer yang sempat me snap sebab dah lapar sangat...




Sekian

Template by:

Free Blog Templates